1. Menghilangkan hijab (penutup)
Perubahan
zaman dan budaya manusia menyebabkan pakaian lebih berfesyen dan semakin
banyak baju yang merendahkan aurat. Pada tahap ini syaitan berbisik
kepada wanita dengan berkata bahawa pakaian hanyalah sekadar hiasan dan
tiada berpengaruh dengan agama. Justeru itu, tidak mengapa sekiranya
memakai pakaian yang membuka aurat. Namun,
teknik ini tidak semestinya berkesan terutama kepada wanita yang
berpendirian dan percaya bahwa memakai pakaian syar’i ialah satu ibadah
dan bukan sekadar berfesyen. Jika hasutan ini gagal, syaitan akan
beralih kepada strategi yang lebih licik seperti di bawah.
2. Membuka bahagian tangan
Aurat wanita meliputi seluruhnya kecuali muka dan tapak tangan.
Seharusnya menjadi kebiasaan tapak tangan tidak ditutup. Jadi, syaitan
mengambil kesempatan ini untuk menghasut wanita dengan berkata, "Tak
mengapa jika memakai baju lengan pendek. Kamu masih pakai tudung." Di
pasaran pula banyak pakaian berlengan pendek terutamanya fesyen baru.
Wanita yang terpedaya pun memakai baju lengan pendek dan ternyata ia
kelihatan biasa pada pandangannya maupun pandangan seorang lelaki, lalu
syaitan berbisik lagi, "Tidak mengapa kan..?"
3. Membuka leher dan dada
Setelah menjadi kebiasaan merendahkan sebagian lengan, datang lagi
syaitan dan berbisik, "Tak mengapa kan membuka lengan. Sekarang ada
fesyen baru yang merendahkan bahagian dada. Baju ini terbuka sedikit
saja agar kamu tidak terasa panas. Orang pasti berkata biasa saja."
Wanita itupun memakailah baju tersebut, daripada merendahkan sedikit,
sehingga yang nampak lagi bahagian dadanya.
4. Berpakaian tetapi bertelanjang
Tidak cukup dengan itu, syaitan membawa lagi idea baru. Kali ini
syaitan berbisik, "Baju kamu itu dah biasa dah ramai orang yang pakai.
Sekarang ini ada fesyen baru lagi. Baju ini tipis dan ketat saja. Boleh
kamu tunjukkan bentuk badan kamu yang cantik itu. Tidak mengapa, sebab
potongan baju ini masih panjang." Maka wanita ini pun memakai baju
berfesyen sebegitu sehingga menjadi kebiasaan malah baju yang dipakai
semakin ketat dan jarang. Jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi
sebagai kasiyat ‘ariyat (berpakaian tetapi telanjang).
5. Membuka sedikit
Setelah memakai pakaian ketat dan jarang, datang lagi syaitan dan
berbisik, "Susah la kalau kamu pakaian ketat semacam ini. Bergerak pun
terasa terbatasi. Apa kata kamu cuba kain yang telah dibelah sampai ke
lutut. Nanti lebih senang kamu untuk duduk. Tidak mengapa kamu rendahkan
sedikit saja yang penting kamu selesa." Maka dipakailah pakaian wanita
yang terbelah. Ternyata ia memberi keluasan dan memudahkan dalam
bergerak.
6. Membuka telapak kaki dan tumit
Syaitan berbisik
lagi, "Sudah tak sesuai lagi kamu berpakaian begini. Kain ini masih
bagus walaupun dibelah hingga lutut. Kamu potong saja lagi hingga di
atas tumit. Kamu pendekkan kain ini sehingga atas tumit untuk memudahkan
kamu berjalan." Wanita terus mengikuti godaan syaitan ini dan memakai
kain singkat serta ditambah pula dengan kasut tumit tinggi.
7. Membuka separuh betis
Sekarang, wanita ini sudah biasa memakai kain singkat dan ternyata
masih kelihatan biasa pada pandangan orang. Syaitan berbisik lagi,
"Fesyen kamu ni masih biasa saja. Orang macam tak kisahkan. Apa kata
kamu cuba fesyen lain yang lebih menonjol. Di pasaran banyak kain skirt.
Tak perlu beli yang sangat pendek. Yang separuh betis saja." Sekarang
ni syaitan sudah menjadi seperti penasihat peribadinya. Maka dituruti
hasutan tersebut. Pada tahap ini tudung sudah tidak dipakai.
8. Membuka seluruh betis
Wanita ada terfikir, "Betulkah tindakan aku ni? Apakah tidak berselisih
dengan wanita zaman nabi dulu?" Syaitan pula menggunakan muslihat
dengan mengaitkan zaman dahulu dengan sekarang. Syaitan berkata, "Ahh!!
Tidak.. Sekarang zaman dah berubah. Dulu lelaki tak suka kalau perempuan
menampakkan auratnya, tetapi lelaki sekarang banyak yang suka. Yang
seksi-seksi terutama, mesti tidak terlalu seksi tapi terbuka sedikit. Di
pasaran banyak pakaian zaman sekarang yang menampakkan seluruh betis.
Kalau kamu tidak ikut kamu akan ketinggalan zaman." Maka pakailah wanita
tersebut pakaian yang menampakkan seluruh betis.
9. Serba mini
Setelah pakaian menampakkan seluruh betis menjadi kebiasaan, datang lagi
syaitan menghasut, "Pakaian kamu perlu ada variasi. Jangan pakai yang
seperti itu saja. Kamu perlu pakai skirt mini. Kamu akan nampak lebih
seksi dan menawan." Maka pakailah wanita ini skirt mini malahan bukan
skirt saja yang mini, bajunya, skirtnya, semuanya dah menjadi kecil dan
seksi. Bajunya juga sudah bervariasi seperti berlengan pendek,
merendahkan sebagian dada dan sebagian pehanya. Ada yang dikhaskan untuk
berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam dan
sebagainya.
10. Hampir semua terbuka
Muncul pula
keinginan untuk mandi di kolam renang terbuka dan pantai. Syaitan
berbisik, "Pakailah kamu bikini.. Semua orang di sana pakai baju itu.
Kamu tak perlu malu." Wanita ini pun tanpa segan lagi memakai bikini
yang hanya menutup sebahagian dada dan pahanya. Dia pun bersuka ria
terutama apabila semua lelaki memandangnya. Pada tahap ini auratnya
sudah tidak diendahkan lagi.
Di Kutip Dari Artikel : facebook