SANAD KITAB FADHAIL AMAL - Jamaah Tabligh


 

SANAD KITAB FADHAIL AMAL SEHINGGA SAMPAI PADA RASULULLAH SAW

Umum diketahui bahawa, kitab fadhail Amal yang lebih dikenali sebagai kitab orang tabligh di serata dunia, di karang oleh Raisul Muhaddisiin (Ketua Ulama Hadis di zamannya) Maulana Muhammad Zakariyya Al-Kandahlawi.

Beliau mengarang Kitab tersebut lantaran di suruh oleh Gurunya Maulana Muhammad Ilyas Al Kandahlawi.



Sanad Ilmu & Tarikat Maulana Ilyas Rahmatulloh Alaihi bersambung kepada Maulana Khalil Ahmad As Saharanpuri, juga sama sanad tersebut dengan Maulana Muhammad Zakariyya Rahimahullah.

Dalam gambar ini jelas terpampang Sanad Tarbiyyah wal Irsyadiyyah Maulana Ilyas dan Maulana Zakariyya Rahimahumullah sehingga sampai kepada Rasulullah SAW.

Dengan keberkatan sanad para Aulia inilah Maulana Muhammad Ilyas telah mengolah gerak kerja dakwah tabligh berdasarkan Ilham dan tahqiq para muhaqiq ulama besar di zaman beliau.

Dengan kefahaman ilmu ini diajarkan kepada Maulana Zakariyya al-Kandahlawi Rahmatulloh Alaihi lalu di saran agar menulis Kitab FADHAIL AMAL yang menjadi wirid ilmu Jemaah Tabligh sehingga hari ini, insyaAllah sampai kiamat.

Oleh sebab itu, Gerakan Jemaah Tabligh ini bersanad Aliran Sufi Chistiyyah yang telah di mudahkan untuk menjadi madrasah bergerak diseluruh dunia.

Kerana keberkatan sanad Baginda saw inilah lahirnya amalan kekuatan Nur Ta'lim yang berjaya menerobos jiwa manusia sehingga membawa mereka kepada Allah dan Rasul-Nya.

Untuk makluman, dikhabarkan bahawa kitab kedua terbanyak yang mempunyai terjemahan pelbagai bahasa didunia setelah terjemahan Al Quran adalah kitab FADHAIL AMAL.

Boleh dikatakan juga, kitab ini pernah ada ditangan 80 ribu Karkun Tabligh di Malaysia!

Mungkin juga pernah dibacakan dihadapan 80 juta (sekurang-kurangnya) karkun diseluruh dunia dengan pelbagai bahasa!

Yang pasti kitab ini adalah wasilah hubungan sanad Rasulullah SAW yang diterima Allah sebagai amalan dalam majoriti Masjid & kebanyakan Rumah orang islam pada zaman ini diseluruh dunia!

Wallahu a'lam

Buat Maulana Ilyas, Maulana Zakariyya, seluruh Para Masyaikh Dakwah dan seluruh silsilah sanad Mereka sampai pada Rasulullah SAW..
Al Fatihah...

- Ditulis oleh : Maulana Ibnu AbdurRahman -

0 comments:

Post a Comment

10 Artikel Terpopuler di BLOG Nandar